Asal-Usul Keluarga Dajjal, Sifat Badan Dajjal, Tempat Tinggal Dajjal Sekarang, Berapa lama Dajjal akan hidup setelah kemunculannya, Fitnah Dajjal
Teringat waktu masa kecil sering diceritakan tentang dajjal,
baik di sekolah maupun di lingkungan rumah, dimana katanya dajjal itu adalah
orang yang sangat besar, tinggi, bahkan ada yang bilang tingginya sampe mentok
langit, mempunyai mata satu, dan dalam keningnya ada tulisan “Kafir”
menggunakan bahasa arab, dan akan muncul ketika hari kiamat. Sangat mengerikan
jika membayangkan dajjal, dan dalam cerita tersebut juga ada pesan kalo nanti
di Tanya oleh dajjal untuk memilih antara surga dan neraka, maka pilihlah
neraka (bagi yang mau surga) dan bagi orang yang mau neraka, maka memilih
surga, jadi intinya terbalik, surganya dajjal adalah neraka kita, dan nerakanya
dajjal adalah surga bagi kita. Begitulah cerita tentang dajjal yang sudah
tersebar luas dimasyarakat kita. Sebenarnya bagaimana sejarah asal usul dajjal?
Bagaimana silsilah keluarganya? Dan dimanakah sekarang dajjal tinggal? Serta
berapa lamakah dia akan hidup setelah kemunculannya nanti? Nah.. Bagi Anda yang
memang ingin tahu tentang asal usul dajjal, kehidupan dajjal dan lain
sebagainya, berikut ini duniabaca.com kutip dari berbagai sumber tentang asal
usul sejarah dajjal, sebagai bahan pengetahuan kita bersama.
Asal-Usul Keluarga Dajjal:
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia
bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yang ditangguhkan
ajalnya “MinalMunzharin” seperti halnya Nabi Isa as yang di angkat oleh Allah
swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun
semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah
AlMunawwarah. Sama juga halnya dengan Iblis yang di tangguhkan kematiannya
sehingga kiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yang tinggi dan gemuk. Hidungnya
seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak
dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal
keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yang di kenali dengan “syaqq”
manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan
mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya
ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan
kehidupan masa kecil tidak diketahui dengan jelas.
Sifat Badan Dajjal:
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah
bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang)
rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga
dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yang disebutkan dalam
Hadis Rasulullah saw, diantaranya:
Seorang yang kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan
agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang
seolah-olah dahan kayu yang rimbun.
Dan tandanya yang paling ketara sekali ada dua. Pertama:
Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yang kecut, manakala mata
kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi
kedua-dua matanya adalah cacat. Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir
(Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapatdibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai
membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini
menjelma dalam diriDajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu,
kedua-dua tandayang terakhir ini belum ada pada dirinya.
Tempat Tinggal Dajjal Sekarang:
Menurut riwayat yang sahih yang disebutkan dalam kitab
“Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai
di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yang bernama “Al-Jassasah”.
Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh
membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal
itu telah ada dan ia menunggu masa yang diizinkan oleh Allah swt utk keluar
menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah disebelah Timur
bukan di Barat.
Berapa lama Dajjal akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada
umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah
sama dengan setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan
satuminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi
keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerusakan itu ialah 14 bulan dan14
hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan
tinggal di mukabumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh
hari. Hariyang pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan
hariketiga seperti seminggu. Kemudian hari yang masih tinggal lagi (iaitu
37hari) adalah sama seperti hari kamu yang biasa. Lalu kami bertanya lagi: Wahai
Rasulullah saw! Di hari yang panjang sepertisetahun itu, apakah cukup bagi kami
hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak
cukup. Kamu mesti mengira hari itudengan menentukan kadar yang bersesuaian bagi
setiap sembahyang..”
Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira
jam yang berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti
biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh
pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zhuhur, maka hendaklah kita
sembahyang Zhuhur, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zhuhur itu
tiga jamsetengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang
AsarBegitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh
seterusnyahingga habis hari yang panjang itu sama panjangnya dengan masa satu
tahun danbilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang
setahun yang kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.
Fitnah Dajjal
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat
ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yang luar
biasa. Di antarakemampuan Dajjal ialah:
1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya.
Benda-benda beku akan mematuhinya. Sebelum kedatangan
Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dengankemarau panjang selama 3
tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akankurang sepertiga dari biasa
dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasadan tahun ketiga hujan tidak
akan turun langsung. Umat akan dilandakebuluran dan kekeringan. Di saat itu
Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yang percaya Dajjal itu
Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlahkamu di daerah ini! Lalu hujan pun
turunlah dan bumi menjadi subur. Begitujuga ekonomi, perdagangan akan menjadi
makmur dan stabil pada org yangbersekutu dengan Dajjal. Manakala penduduk yang
tidak mahu bersukutu dengan Dajjal, mereka akan tetap berada dalam kebuluran
dan kesusahan.
Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung
roti (makanan) sedangkan org yangtidak percaya dengannya berada dalam kelaparan
dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:
“Jadi apa yang dimakan oleh org Islam yang beriman pada hari itu wahaiRasulullah?”
Nabi menjawab: “Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir,
bertasbih danbertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.”
H.R IbnuMajah
2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya
seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan
menggunakankedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yang
benar adalahsebalik dari apa yang kelihatan. Apa yang dikatakan Syurga itu sebenarnya
Nerakadan apa yang dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat
dimasukinya:
Kepantasan yang dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org
dahulu. Kalauhari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti
kepantasanjet-jet tempur yang digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas
lagi dari pada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat
ditempuhdalam satu jam”… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan
perjalanannya diatas muka bumi ini?Nabi menjawab:”Kepantasan perjalanannya
adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atauawan) yang dipukul oleh angin
yang kencang.” H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar
suci umat Islamiaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan
kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi
syaitan, inilahmasa yang terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu
Adam a.s.
Sumber: http://duniabaca.com - Coklat9 Community
0 Response to "ORANG BERTANYA: SIAPA DAJJAL?"
Post a Comment